Pembekal komponen alat ganti automotif ZF Aftermarket secara rasminya telah membuka sebuah hab ASEAN di Singapura dan juga sebuah hub operasi baharu yang canggih di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor, Malaysia. Pembukaan kedua-dua hab baharu ini sekaligus memperkuatkan lagi penampilan dan operasi syarikat itu di rantau ini.
Menurut ZF Aftermarket lagi, kedua-dua kemudahan baharu berkenaan menandakan kemajuan satu tapak ke hadapan terhadap komitmennya bagi menyediakan kerjasama yang lebih dekat dengan pelanggan-pelanggannya merentasi rantau Asia-Pasifik (APAC).
Hub ASEAN ZF Aftermarket di Singapura di reka bagi memberikan solusi yang lebih cepat dan lebih adaptif yang selari dengan rentak serta kerumitan permintaan mobiliti di Asia Tenggara. Menurut Philippe Colpron, ketua ZF Aftermarket, hab yang turut mengintegrasikan bakat tempatan dengan rangkaian global ZF itu, akan membolehkan syarikatnya bertindak balas dengan cepat dan cekap kepada pelanggannya menerusi kedudukannya yang lebih dekat dengan mereka.
Manakala bagi hab operasi ASEAN di Malaysia pula, ZF Aftermarket menyatakan bahawa gudang serantau berkenaan telah dioptimakan untuk ketangkasan rantaian bekalan dan perkhidmatan kritikal masa beroperasi.
“Setiap minit kenderaan tidak bergerak akan meningkatkan kos pelanggan kami. Pusat operasi serantau baharu kami memastikan kami dapat menyampaikan alat ganti yang betul dengan lebih pantas dan tepat dari sebelum ini – memastikan kenderaan tersebut dapat bergerak,” jelas Colpron.
Hab operasi berkenaan menampilkan sistem inventori pintar, diselarikan dengan operasi mengambil dan membungkus, serta insfrastruktur tersebut turut dibina dengan mengambilkira kelestarian, bermula dari penggunaan material pembungkusan yang diguna semula sehingga kepada rekaan gudang yang menggunakan tenaga secara efisien.
Setiap aspek di fasiliti tersebut juga telah menerima kejuruteraan bagi menyokong masa kendali yang diperlukan oleh flit dan juga bengkel-bengkel seluruh APAC.
ZF Aftermarket menawarkan produk-produk berkualiti tinggi seperti penyerap hentak Sachs, bendalir transmisi ZF, serta peralatan diagnostik digital dan solusi pengeluaran semula dalam segmen mobiliti automotif. Syarikat ini merupakan sebahagian dari ZF Group, yang membekalkan solusi teknologi rangkaian pemacu dan casis serta sistem keselamatan aktif dan pasif kepada pelbagai pengeluar kereta.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.