Tokyo Auto Salon KL 2024 tawar hadiah Honda Civic Type R FK8 dengan kit Mugen untuk cabutan bertuah
Pihak penganjur Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 hari ini mengumumkan bahawa pengunjung acara berkenaan bakal ditawarkan dengan sebuah Honda Civic Type R FK8 sebagai hadiah cabutan bertuah! Kereta tersebut merupakan model 2019 tetapi masih belum didaftarkan di Malaysia, dan menerima beberapa peralatan tingkat taraf termasuk kit badan Mugen, tombol gear Mugen, lampu belakang…